Trending By: Padin March 27, 2021 @ 12:00pm

Dana Dalam Tabung Merah RMHC Di McD Untuk Siapa? Ha, Ini Yang Patut Anda Tahu…

Untuk memelihara generasi masa hadapan, kebajikan kanak-kanak di Malaysia perlu diberikan keutamaan, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Kempen Baik Semula RMHC Malaysia dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Media Prima mengajak anda semua mengumpul dana untuk sama-sama membantu kanak-kanak yang memerlukan ini.

Siapa lagi nak bantu jadikan kehidupan mereka lebih ceria, kalau bukan kita?

Sejak ditubuhkan pada tahun 1990, sudah lebih 30 tahun Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Sebenarnya, mudah sahaja jika anda mahu menghulurkan bantuan kepada mereka!

Jika anda perasan, setiap kali berkunjung ke McDonald’s, mesti ada dapat lihat kelibat sebuah tabung merah di sebelah kaunter pembayaran.

Boleh dikatakan, setiap restoran McDonald’s mesti ada tabung merah terbabit. Melalui tabung inilah RMHC Malaysia membantu kanak-kanak ini!

RMHC Malaysia mempunyai empat program utama iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Gift of Smile dan Program Pek Kembali ke Sekolah.

Untuk memberikan anda semua lebih informasi mengenai program yang ada, jom semak beberapa perkara di bawah:

Rumah Ronald McDonald

Bayangkan kalau anak anda sakit dan harus dirawat di hospital dalam tempoh lama. Tapi, anda tak mampu untuk menyewa hotel untuk menemani anak di hospital.

Dengan jarak rumah yang jauh, pastinya perkara lain seperti belanja hospital, duit minyak, duit makan dan macam-macam lagi duit belanja turut membelenggu fikiran.

Mungkin ada antara kita terpaksa lupakan hasrat untuk dapatkan rawatan buat anak anda kan? Kita tak boleh biarkan situasi macam ni terjadi.

Atas sebab itulah terbinanya Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras dan Hospital USM, Kelantan.

Beban keluarga yang kurang berkemampuan dapat dikurangkan. Mereka boleh tinggal di Rumah Ronald McDonald sementara anak mereka dapatkan rawatan di hospital.

Bilik Sensori Ronald McDonald

Buat mereka yang mempunyai anak istimewa, anda patut membawa anak anda untuk berkunjung ke Bilik Sensori Ronald McDonald ni. Bilik ini dilengkapi dengan peralatan multi deria dan kemudahan terapi yang merangsang deria sentuh, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau kanak-kanak istimewa.

Kalau anda nak tahu, ada 35 buah bilik sensori di seluruh Malaysia. Kanak-kanak yang pernah masuk bilik ni cukup seronok.

Suasana bilik ni pun cukup tenang dan selesa dan mereka boleh belajar dengan cara mereka yang tersendiri.

Gift of Smile

Kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir dan lelangit sumbing tak minta dilahirkan sebegitu rupa. Ada keluarga yang nak dapatkan rawatan tapi duit pula tidak mencukupi. Apakah hadiah istimewa yang patut diberikan kepada mereka?

Program Gift of Smile adalah hadiah yang terbaik! Buat keluarga yang kurang berkemampuan, kos pembedahan dan rawatan untuk anak-anak mereka yang mengalami sumbing bibir dan lelangit dibiayai sepenuhnya dalam program ni. Ramai kanak-kanak dapat kembali senyum dengan manis sekali!

Pek Kembali Ke Sekolah

Baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beg baru, semuanya anda akan beli setiap kali melangkah ke sekolah. Kami yakin, pastinya anda pernah tengok rakan sekelas yang masih memakai baju atau barang sekolah yang lusuh dan lama. Kasihan kan?

Oleh itu, Pek Kembali Ke Sekolah menaikkan semangat ramai kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan untuk ke sekolah. Kanak-kanak ini akan dapat barang sekolah baru seperti beg dan alat tulis. Seronoklah mereka nak ke sekolah lepas ni!

Semua program ni betul-betul menyentuh hati dan meringankan beban banyak keluarga. RMHC Malaysia sudah membantu lebih 80,000 kanak-kanak di Malaysia sejak lebih 30 tahun lalu, dengan pembiayaan lebih RM30 juta.

Semestinya bantuan yang dihulurkan RMHC Malaysia adalah atas hasil sumbangan ikhlas anda sebagai pelanggan McDonald’s yang bermurah hari menderma ke tabung dan Kiosk Layan Diri di restoran-restoran McDonald’s. Tajaan dan sumbangan dari rakan korporat juga tak dilupakan. Terima kasih semua!

Penaja utama AJL35, McDonald’s ajak anda sahut Kempen Baik Semula dan RHMC

Anda yang menonton Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) mesti tahu yang McDonald’s bertindak selaku penaja utama mereka kan? Semasa Backstage AJL35 yang dihoskan oleh Hefny Sahad dan Neeta Manishaa, Siti Nordiana juga dijemput untuk ditemu ramah berkenaan Kempen Baik Semula bersama RMHC.

Siti Nordiana, salah seorang penyanyi lagu Baik Semula berkata, Kempen Baik Semula dan RMHC merupakan satu kolaborasi yang cukup baik dan unik. Sambil-sambil berjuang menentang Covid-19, kita tak lupa membantu golongan yang memerlukan.

Kempen Baik Semula akan diteruskan sehingga akhir bulan Mei ni. Oleh sebab itu, McDonald’s nak ajak anda semua untuk terus hulurkan sumbangan ikhlas ke tabung RMHC Malaysia sempena Kempen Baik Semula.

Anda boleh membuat sumbangan melalui pemindahan wang ke akaun Maybank RMHC Malaysia atau imbas QR kod Touchn’Go dan Boost.

Boleh rujuk gambar di atas. Selain tu, anda juga boleh menderma kepada tabung dan Kiosk Layan Diri di McDonald’s.

Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s, RMHC Malaysia akan menggunakan dana yang berjaya dikumpulkan untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Usaha murni oleh RMHC Malaysia ni patut disokong! Untuk lebih info, layari https://rmhc-malaysia.my/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Nov 2021

Ebit Lew Bantu Pemuda Kudung Tinggal Di Tepi Jalan

Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati membantu seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas mengalami kecederaan semasa bekerja dahulu. View this post on Instagram A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) Menerusi […]

Hiburan Tue, 2 Jan 2024

Disangka Anak, Rupanya Michelle Yeoh Timang Cucu

Allahu maafkan min! Apa-apapun, tahniah Michelle & Todt selamat bergelar grandparents

Trending Wed, 17 Apr 2019

13岁少年骑车100 公里!只为探视生病弟弟

年仅13岁的超强意志力青少年,排除万难骑车100 公里,只为尽快见到生病的早产弟弟和母亲。

Hiburan Fri, 20 Oct 2023

“Noorkhiriah Orang Pertama Bagi Saya Tudung Untuk Berhijrah” – Ieda Moin

Allahu bestnya ada kawan yang selalu support hijrah kita

Featured Fri, 15 Apr 2022
Featured Fri, 24 Sep 2021

Asyik Pegang Perut, Betul Ke Neelofa Kini Hamil?

Awwwww… Macam ye je ❤❤❤

Selebriti Mon, 18 Dec 2023