Categories: Trending

Denda RM 1,000 Jika Gagal Imbas MySejahtera Di Stesen Minyak

Aplikasi MySejahtera kini merupakan antara salah satu aplikasi terpenting sejak diperkenalkan ketika wabak COVID-19 melanda.

Aplikasi tersebut penting bagi individu mendaftar diri apabila keluar dari rumah dan mengesan kontak rapat yang bergejala COVID-19. 

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Terbaru, satu laporan berkata pihak polis akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, orang ramai dinasihatkan untuk mengimbas MySejahtera terlebih dahulu meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.

“Hal ini dibuat sebagai langkah untuk mengesan sekiranya terdapat individu yang positif Covid-19 di kawasan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu seorang pengguna Twitter bernama Aidila Razak menyatakan pemeriksaan suhu badan dan pemakaian face mask juga diwajibkan walaupun tidak memasuki premis tersebut dan hanya membuat bayaran menggunakan kad kredit, ke tandas, mengisi angin tayar dan sebagainya.

Kredit Twitter : Aidila Razak

Sumber : Hot FM

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”