Categories: Trending

Denda RM 150,000 & Penjara 20 Tahun Untuk Pemandu Mabuk Bakal Dilaksanakan?

Denda sehingga RM150,000 dan penjara sehingga 20 tahun bakal dikenakan kepada pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan di Parlimen.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan menjelaskan, Jemaah Menteri telah melakukan beberapa pindaan berhubung kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

“Jemaah Menteri pada 24 Jun 2020 telahpun bersetuju secara dasarnya untuk meminda Seksyen 41 hingga 45 secara khusus untuk kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu.

Di bawah Seksyen 44 berkait kesalahan memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan
atau dadah, kerajaan bercadang meningkatkan tempoh penjara maksimum buat pesalah.

“Kita sudah mencadangkan kadar penjara maksimum ditetapkan dari 10 tahun dengan pindaan kepada 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun untuk kesalahan berikutnya.

“Kadar denda yang dicadangkan untuk dinaikkan dari maksimum RM20,000 kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama dan RM150,000 untuk kesalahan berikutnya.

Tegas beliau, Jemaah Menteri turut bersetuju melanjutkan tempoh penggantungan lesen dariapda 10 tahun kepada 20 tahun bagi pemandu mabuk.

Selain itu, pesalah turut berhadapan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Ikuti info selanjutnya menerusi video di bawah ini.

Sidang Media Parlimen ke-14 (15 Julai 2020)

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover