Categories: Trending

Waktu Operasi Sekolah Memandu Dilanjutkan Sehingga 8.30 Malam

Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa operasi sekolah memandu kini dibenarkan dari jam 7.30 pagi sehingga jam 8.30 malam.

Waktu operasi dipanjangkan

Sumber : Google

Waktu kursus dan latihan pemanduan pula dibenarkan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 8 malam.

Dan, pelaksanaan operasi berkenaan itu berkuatkuasa hari ini.

“Difahamkan oleh sebab waktu yang singkat maka, terlalu panjang beraturnya. Jadi kita benarkan. Latihan pemanduan mungkin boleh dilakukan pada waktu malam juga. Manakala, kapasiti pekerja juga dibenarkan 100 peratus,” Katanya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri turut menekankan apapun kelonggaran yang diberikan, SOP haruslah dipatuhi.

Salma Syahbuddin