Categories: Trending

Di Mana Haji Ramli? Hilang Sejak Isnin Lalu, Keluarga Mohon Bantuan Netizen!

Pelbagai kes kehilangan berlaku sejak akhir-akhir ini. Terbaru, tular di laman sosial apabila seorang gadis yang dikenali dengan nama Najmee Nazam memuat naik sebuah tweet kehilangan datuknya, Haji Ramli yang masih belum ditemui sehingga sekarang.

Haji Ramli dilaporkan hilang di sekitar kawasan rumah keluarganya di Bandar Sri Damansara pada 6 Mei lalu. Menurut gadis ini, kali terakhir datuknya dilihat ketika beliau  berada di halaman rumah sekitar jam 6.00-6.30 petang sewaktu mereka sekeluarga sedang sibuk bersiap sedia ke masjid untuk berbuka puasa. 

Pada 9 Mei yang lalu, Haji Ramli dilaporkan dilihat oleh orang awam sekitar bandar Kajang dalam keadaan berpakaian baju melayu kuning, berseluar panjang dan berselipar kulit. Namun begitu, keluarga beliau yang mencari di kawasan tersebut tidak menemui sebarang petunjuk mengenai keberadaannya. 

                                         Haji Ramli kali terakhir dilihat berpakaian baju melayu kuning

Pencariannya turut dilakukan di kawasan berdekatan dan kawasan hospital namun masih gagal ditemui sehingga kini. Haji Ramli, berusia 85 tahun turut menghidapi penyakit darah tinggi. 

 Kami di team Xtra mendoakan Haji Ramli ditemui dalam keadaan sihat dan selamat. Ayuh! sama-sama kita bantu menjejaki Haji Ramli.

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”