Trending By: Salma Syahbuddin October 26, 2020 @ 3:02pm

Dibenar Tunai Umrah Bermula 1 November Ini

Kebenaran menunaikan Umrah bagi umat islam seluruh dunia berusia antara 18 hingga 50 tahun akan dilaksanakan selepas permit kebenaran untuk jemaah luar Arab Saudi dibuka pada 1 November ini.

Keputusan ini diambil sebagai usaha mencegah penularan Covid-19 di negara tersebut.

Jemaah wajib dikuarantin

Sumber : Google

Antara arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah adalah jemaah perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sewaktu ketibaan di negara itu.

Malah, kesemua syarikat umrah perlu mengawal kehadiran jemaah dari seluruh dunia dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Jemaah juga perlu mempunyai sijil ujian kesihatan PCR yang membuktikan mereka bebas dari wabak tersebut TIDAK lebih dari 72 jam selepas ujian dilaksanakan dan sijil haruslah dikeluarkan oleh makmal bertauliah di negara jemaah masing-masing.

Jemaah juga perlu mendapat kebenaran untuk melakukan umrah selain lawatan ke dua Masjid Suci dan melakukan solat di Rawdah Sharif dengan mendaftar di aplikasi Eatmarna.

Ejen bakal berdepan tindakan sekiranya…

Sumber : Google

Mana-mana ejen umrah asing yang bekerjasama dengan syarikat di Arab Saudi juga bertanggungjawab untuk melengkapkan data yang diperlukan malah ejen akan berdepan dengan tindakan sekiranya terdapat maklumat yang tidak benar.

Bilangan jemaah juga perlu mengikut jumlah minimum iaitu seramai 50 orang jemaah dalam satu kumpulan dan perlu melantik seorang ketua bagi mengawal pergerakan kumpulan.

Langkah ini diambil sejajar dengan klasifikasi dari segi pematuhan terhadap langkah-langkah pencegahan dan keperluan untuk negara masing-masing.

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

Trending Wed, 9 Jan 2019

2 Anak Mandi Darah, Lidah Kelu Tak Terkata

“SEBAIK lelaki itu beredar saya masuk semula ke dalam bilik tidur, dan terkejut melihat keadaan mereka berlumuran darah di kepala dengan kesan kelar dan tetak di atas katil sudah tidak bernyawa.”

Trending Thu, 18 Jul 2019

SAH! Video ‘Semburit’ Haziq Tulen

aya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Trending Tue, 15 Sep 2020
Featured Mon, 4 Jul 2022

Mahkamah Perintahkan Ira Kaza Tidak Ganggu Puteri Sarah, Perlu Masuk Pembelaan Dalam Masa Sebulan

Nasi sudah jadi bubur 🥲 Moga semua yang terjadi ini dapat beri peringatan kepada semua di luar sana 😊