Categories: Trending

Didakwa Nampak Baby Bump, Siti Nurhaliza Kini Sarat Hamil Anak Kedua?

Ura-ura kehamilan kedua penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza semakin kencang bertiup.

Terbaru, dalam satu video yang dimuat naik oleh peminat menunjukkan Tokti sedang membeli belah di sebuah pasar raya. 

Tetapi, perhatian peminat mula teralih kepada pantulan bentuk badan Tokti dalam video tersebut yang dilihat seakan mempunyai “baby bump”.

Malah ada yang membuat spekulasi Tokti kini sedang sarat hamil 4 bulan.

Bukan itu sahaja, anak kepada Tokti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa,  Siti Aafiyah juga dilihat  beberapa kali memberi “hint” tanpa sengaja dalam video-video yang dimuat naik. 

Eh! Kenapa Aafiyah cium perut ibu tu?

Khabar angin itu semakin hangat diperkatakan apabila ramai yang perasan Tokti kini dilihat tidak lagi melakukan aktiviti berbasikal bersama Datuk K.

Kredit: Alan Al Padat Twitter

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”