Categories: Trending

Langgar SOP Punca Kes Makin Meningkat Di Johor

Penyumbang utama kluster Covid-19 baharu di negeri Johor dilaporkan dikesan akibat sikap segelintir masyarakat yang mula tidak peka terhadap keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, pematuhan terhadap SOP terutama pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan membasuh tangan dengan kerap atau menggunakan cecair pembasmi kuman adalah langkah yang perlu sentiasa diamalkan.

Ini kerana, kebanyakan kes dilaporkan berpunca dari majlis sosial seperti kenduri, perjumpaan beramai-ramai selain majlis di rumah ibadah.

“Pada masa situasi Covid-19 masih lagi membimbangkan, masyarakat dinasihatkan untuk kurangkan aktiviti sosial yang tidak mematuhi SOP supaya ia dapat mengurangkan risiko penularan di kalangan keluarga dan kenalan”

Justeru itu, kerajaan Johor berharap agar masyarakat di negeri tersebut mematuhi SOP majlis sosial yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin