Categories: Trending

Didakwa Guna Taktik Ajak Mangsa Datang Rumah, Isu Da’i Syed Makin Panas!

Masih trending di Twitter, isu Da’i Syed yang didakwa merogol gadis semakin hangat diperkatakan.

Apatah lagi, timbul pula pelbagai dakwaan dalam bentuk paparan screen shot yang dikatakan menjadi bukti dan ia telah dikongsi oleh pengguna akaun yang dikenali sebagai @kucingslayer.

Sumber : Twitter

Sebelum ini, laporan polis telah dibuat oleh pendakwah itu dengan tujuan untuk membersihkan nama baiknya, namun bagaimana pula dengan bukti yang telah dikongsikan? Adakah ini sekadar dakwaan lain yang timbul untuk memburukkan nama Syed?

ARTIKEL BERKAITAN : “Tuduhan Itu Terlalu Berat” – Didakwa Rogol Gadis, Da’i Syed Buat Laporan Polis

Ini bukan fake akaun!

Menerusi perkongsian twitter @kucingslayer, beliau mendakwa akaun yang digunakan sebelum ini dengan nama @ainnajuwa sebenarnya bukanlah fake akaun.

Dakwanya, beliau menggunakan kaedah ini untuk meyakinkan sahabat beliau dan mencari mangsa-mangsa lain yang dikatakan menjadi mangsa Syed untuk tampil memberikan bukti.

“Da’i acah innocent…”

Menurut paparan screen shot yang dikongsikan oleh mangsa, mereka mendakwa Syed menggunakan taktik yang sama iaitu mengajak mangsa ke rumah atas tujuan perniagaan.

He started to sexting…

Perkongsian ini juga telah diulang kicau sebanyak 4,500 kali sejak ianya dimuat naik.

Sebelum ini, Syed, 25, mula dikenali sebagai salah seorang peserta program realiti kerohanian, Da’i Pendakwah Milenia musim keempat yang bersiaran sekitar tahun 2016. 

Salma Syahbuddin