Categories: Trending

Selangor Cadang PKPD Mengikut Lokaliti Kes Tertinggi – Menteri Besar

Berikutan peningkatan kes Covid-19 di Selangor yang mencecah 1,623 kes jangkitan baharu semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan akan meneliti lokaliti di kawasan Selangor untuk melaksanakan PKPD

“Petang ini saya akan mencadangkan (dalam mesyuarat khas) mengenai lokaliti terbabit dan setakat ini ada dua kawasan dikenal pasti untuk dilaksanakan PKPD.

“Kerajaan negeri juga bersedia untuk membiayai sebahagian kos operasi (pelaksanaan PKPD) ini sekiranya ia dilaksanakan,” 

Dalam pada itu, sebanyak 28 cawangan syarikat Top Glove di Klang telah ditutup susulan kluster berkenaan menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”