Categories: Trending

Didakwa Sebar Fitnah, Siti Nordiana Saman Syura, Lan Solo & Isteri Serta 3 Individu Lain

Kalau semalam penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana menyerahkan tuntutan permohonan maaf terhadap lima individu yang didakwa menjejaskan imej dan reputasinya kepada peguam, hari ini penyanyi itu sekali lagi tampil memberitahu bahawa, saman ke atas lima individu terbabit akan difailkan selewat-lewatnya, Isnin ini.

Ia susulan tempoh 24 jam notis tuntutan permohonan maaf kepada lima individu yang didakwa memfitnahnya pada sesi siaran langsung Instagram (IG) tidak berbalas.

 

“Berikutan tiada permohonan maaf (daripada lima individu terbabit) selepas tamatnya tempoh 24 jam, saya sudah mengarahkan peguam meneruskan tindakan saman terhadap mereka,”.

“Nana terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej yang tercalar akibat kenyataan sedemikian, sama ada secara langsung atau sebaliknya akibat sesi siaran langsung IG itu,”katanya.

Terdahulu, penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin mengakui sudah menerima notis terbabit yang dikemukakan menerusi peguam yang dilantik oleh Nana iaitu, Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates.

ARTIKEL BERKAITAN : Isu Petik Nama Siti Nordiana di IG Live: Syura, Lan Solo & 3 Individu Serahkan Kepada Peguam

Salma Syahbuddin