Categories: Trending

“Pejam Celik Hampir 4 Tahun…” – Ramai Yang Tanya Mengenai Nona, Ini Jawapan Mira Filzah

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah dilihat menjawab persoalan yang diajukan peminat beliau menerusi Ask Me Question mengenai ketiadaannya dalam program Nona selepas digantikan dengan hos baru yang juga pelakon, Amyra Rosli.

ARTIKEL BERKAITAN : Ganti Mira Filzah Jadi Pengacara Nona, Amyra Rosli Sedia Berdepan Kritikan Netizen – “Saya Dah Siapkan 101 Percent!”

 

Namun, Mira menjelaskan bahawa ketiadaannya dalam program bual bicara terkenal itu bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini juga pihak produksi melakukan perkara yang sama untuk pembaharuan program tersebut.

“Banyak soal pasal Nona. Tak ada apa lah…Biasalah pengacara silih berganti”

“Kalau tengok dekat Wikipedia pun ada nama-nama pengacara terdahulu dan tahun mereka mengacara. Nona sentiasa tukar pengacara untuk pembaharuan”

Bagaimanapun, pelakon drama popular Pujaan Hati Kanda ini bersyukur kerana berjaya mengendalikan program tersebut selama empat tahun iaitu sejak Disember 2017 lagi.

“Alhamdulillah, Mira rasa bertahan agak lama dalam program ni…First shooting Mira pada Disember 2017”

“Pejam celik-pejam celik nak hampir empat tahun…” tulisnya.

Selain itu, Mira juga berpesan kepada semua peminatnya untuk menyaksikan program Nona, pada Ahad ini kerana beliau akan membuat penampilan terakhirnya sebelum digantikan oleh Amyra Rosli.

ARTIKEL BERKAITAN : Populariti Makin Merudum Lepas Kahwin? Mira Filzah Kerja Terlampau Kuat Sejak 2016

ARTIKEL BERKAITAN : Suami Titip Doa Dan Ucapan Manis Buat Mira Filzah Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun

ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau Dah Ada Nanti Akan Diberitahu…”Konon Hamil Anak Pertama, Mira Filzah Akui Netizen Memang Laju ‘Buat’ Kerja

ARTIKEL BERKAITAN : “Memang Terpancar Ketenangan & Kemesraan Tu!”- Ramai Puji Mira Filzah Dalam Video Terbaharu #EmirAmirah

Salma Syahbuddin