“Beliau Banyak Korban Masa Dan Tenaga”- Ramai Pertahankan DG Hisham

Tindakan pelakon Lana Nodin dan Rita Rudaini yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Menerusi laman sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengganggap tindakan kedua-dua pelakon itu melampaui batas dan tidak menggunakan logik akal ketika meluahkan kata -kata.

Tebaru, menerusi laman Instagram, pendakwah PU Amin turut mempertahankan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan itu.

Menurutnya, pengorbanan DG Hisham kepada rakyat adalah tidak ternilai. Beliau bukan sahaja bergadai nyawa, malah beliau telah berkoban masa dan tenaga demi memastikan negara berjaya melawan penularan wabak Covid-19.

“Ini bukan drama petang petang boleh minta letak jawatan gitu je.”

Dalam hantaran itu, PU Amin turut berdoa semoga Allah SWT memelihara dan memberi kekuatan kepada semua petugas barisan hadapan dalam berjihad melawan musuh utama negara ketika ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”