Boleh Mohon Bantuan RM 5,000 One Off Untuk Keluarga Pesakit COVID-19

Orang ramai boleh memohon bantuan khas sekali bayar RM5,000 diperuntukkan kepada waris pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi perkongsiannya memaklumkan bantuan pengurusan kematian Covid-19 itu akan diberikan kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.

Bantuan khas itu hanya layak untuk kematian pesakit berstatus warganegara dengan permohonan dibuat oleh waris.

“Selain itu, hanya pengesahan kematian berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) saja terpakai untuk permohonan bantuan.

“Syarat lain adalah hanya seorang waris saja yang layak menerima bantuan khas itu dan NADMA akan mempertimbangkan permohonan pertama saja jika lebih satu permohonan diterima,” katanya.

Cara Mohon 

Menurut NADMA, waris perlu mengisi borang permohonan lengkap dengan menyertakan bersama dokumen penting dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan permohonan ditolak.

“Borang permohonan (Lampiran A) disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan Covid-19 perlu diisi.

Dokumen lain diperlukan adalah salinan sijil kematian, salinan kad pengenalan waris dan si mati dan salinan penyata bank milik pemohon yang masih aktif.

“Permohonan lengkap boleh dihantar melalui kiriman pos kepada Ketua Pengarah NADMA di alamat NADMA, Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok D5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502, Putrajaya untuk pengetahuan Sekretariat Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN)

“Kaedah lain adalah menerusi kiriman emel ke bkcovid19@nadma.gov.my dan WhatsApp di talian 011-13218056,” katanya.

Bayaran bantuan khas itu akan dibuat secara pindahan dana elektronik (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”