Categories: Trending

Percaya Kahwin Lambat Dilabel ‘Andartu’, Kini Pengacara Terkenal Ubah Persepsi Soal Jodoh

‘Andartu ke?’

Soal jodoh, ajal dan maut ini semuanya terletak di tangan Tuhan. Suatu ketika dahulu, seorang perempuan yang berusia 25 tahun dan belum menemui jodoh dianggap sebagai “andartu” atau pun “tidak laku”. Tetapi, kaum wanita pada hari ini bukanlah diukur berdasarkan soal jodoh semata-mata. Kaum wanita hari ini mula mengorak langkah, memimpin bahkan mengubah dunia. 

Persepsi jodoh dan usia ini dikongsikan oleh personaliti dan pengacara TV, iaitu Uyaina Arshad. Gadis berusia 27 tahun ini mengakui bahawa perspektifnya soal jodoh dan usia mulai berubah setelah beliau meningkat dewasa. 

Menerusi akaun Twitternya, Uyaina berkongsi pandangan mengenai jodoh 

Perempuan bukan diukur berdasarkan status perkahwinan semata-mata.

Menerusi perkongsiannya, Uyaina mengakui bahawa perempuan bukan diukur berdasarkan status “kahwin” semata-mata, Uyaina bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang tanggapan negatif buat wanita yang berkahwin pada usia muda. 

Namun, Uyaina juga percaya bahawa kehidupan bukanlah suatu perlumbaan. Kehidupan merupakan proses pembelajaran dan setiap orang melalui proses pembelajaran dengan cara tersendiri. 

Kahwin bukan sekadar untuk suka-suka dan seronok je, tanggungjawab sebuah perkahwinan sangat besar

Malah, Uyaina turut memberitahu bahawa perkahwinan bukanlah permainan semata-mata sebaliknya dipenuhi dengan tanggungjawab. Beliau turut menegaskan bahawa seseorang individu tidak seharusnya berkahwin kerana mendapat tekanan daripada masyarakat semata-mata atau melihat kehidupan orang lain yang telah berkahwin, paling penting janganlah berumah tangga kerana merasakan bahawa anda tidak sempurna atau perlu memperbaiki diri sendiri. 

Kahwin lah apabila anda sudah bahagia dengan diri sendiri dan bersedia berkongsi kebahagiaan bersama seseorang

Berkongsi pandangannya secara keseluruhan, Uyaina berpendapat bahawa seseorang individu seharusnya mendirikan rumah tangga apabila berasa bahagia dengan dirinya sendiri dan  bersedia berkongsi kebahagiaan bersama seseorang. 

 Yang penting, kahwin apabila sudah  bersedia dari segi fizikal, mental, emosi dan kewangan. Bukanlah sekadar memenuhi tuntutan nafsu atau pandangan masyarat semata-mata. Janganlah disebabkan terlalu obses mengejar usia, korang tidak berfikir panjang dan kahwin terburu-buru. 

Sumber: Twitter Uyaina Arshad, Google

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”