Trending By: Yanie Baharom August 20, 2018 @ 9:46pm

Eksklusif: Melamar Melalui Coretan Puisi, Raja Ilya Kahwin November 2019

Perasaan berbunga-bunga yang bersarang dalam hati memancarkan kebahagiaan di wajahnya, bagaikan tak dapat dibendung pelakon Raja Ilya, lalu tanpa berselindung mengakui bakal menamatkan zaman bujang pada November 2019.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 33, membuat pengakuan itu selepas gelagatnya dengan wajah ceria sedang membalas Whatsapp daripada seseorang, diperhatikan.

“Ilya nak bagi tahu sesuatu….(diam seketika sebelum menyambung perbualan), InsyaAllah Ilya nak kahwin,” katanya sewaktu ditemui pada sesi fotografi portal Hijab & Heels yang diadakan di Meet & Dine, Cheras, tengahari tadi.

Sempat menunjukkan foto jejaka kacak itu yang dijadikan sebagai wallpaper telefon bimbitnya, Ilya menambah, teman lelakinya itu mempunyai segala ciri yang dinginkan mana-mana wanita di dunia.

Memperkenalkan jejaka itu sebagai TWG, sikap merendah diri, penyayang dan ambil berat yang dimiliki ahli perniagaan warganegara Australia berusia 37 tahun itu, berjaya menambat hatinya.

“Saya tidak pernah berfikir untuk berkahwin. Saya fikir saya mungkin akan menjadi andartu tetapi TWG menyakini saya untuk berkahiwn. Di sebalik status yang dimilikinya, dia sangat merendah diri malah pemilik jiwa dermawan kerana telah banyak membantu masyarakat dan komuniti di sekitar beliau tidak kira bangsa atau agama.

“Kadang saya terfikir dia terlalu sempurna buat saya. Dia ada semua ciri yang didamkan wanita. Dia kacak, penyayang, berkedudukan, baik hati dan pemurah tetapi dia memilih untuk mengahwini saya.

“Cara dia melamar saya juga cukup menyentuh perasaan di mana dia telah menulis sebuah puisi untuk meluahkan perasaannya sekaligus melamar saya,” kata Ilya lalu menunjukkan puisi lamaran yang dikarang oleh TWG kepadanya.

Foto: Razzi Musa

Menceritakan detik perkenalan mereka, TWG dikenali Ilya sejak enam tahun lalu di mana ketika itu Ilya masih berkhidmat dengan penerbangan Air Asia.

Saling mencuri pandangan antara satu sama lain, insiden keciciran pasport membuka laluan kepada mereka menjalinkan persahabatan dan akhirnya jatuh cinta.

“Dia adalah penumpang Ilya. Walaupun kami saling berpandangan sepanjang penerbangan namun pandangan saya itu tidak lebih daripada reaksi biasa seorang wanita melihat lelaki kacak.

“Kami langsung tidak bertukar nombor telefon. Tapi nak dijadikan cerita TWG tercicir pasport dan pada casing pasportnya terdapat boarding pass lengkap butiran yang membolehkan saya berhubung dengannya.

“Sejak peristiwa itu kami berhubung di Facebook namun hubungan kami tak lebih daripada seorang kawan. Kalau dia datang KL (Kuala Lumpur), dia akan hubungi saya untuk bawanya berjalan-jalan, itu saja. Saya juga tahu dia pernah berkawan dengan beberapa wanita sebelum saya.

“Namun enam bulan kebelakangan ini, kami menyedari bahawa hubungan kami lebih daripada seorang sahabat. Apalagi dia sudah 15 tahun single dan merasakan sudah sampai waktunya untuk berkahwin.

“Dia maklumkan kepada saya kelompok komuniti yang mengenalinya, terlalu gembira dengan perkhabaran ini dan teruja menantikan kedatangan saya di sana (Australia) nanti,” katanya memilih Raffiey Nasir sebagai pereka gaun perkahwinannya.

Menurut Ilya lagi, ibunya adalah orang paling gembira mendengar perkhabaran ini kerana selepas pertemuan kali ke-2 dengan TWG, ibunya berasa sayang dengan pemuda itu.

“InsyaAllah, saya kini dalam proses membuat permohonan penduduk tetap di Australia dan akan bertemu dengan keluarga TWG tidak lama lagi.

“TWG juga faham bahawa dia perlu memeluk agama Islam sebelum kami bernikah,” kataya terharu kekasihnya itu tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam lakonan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 23 Dec 2022

Kejutan Birthday Bonda Rozita, Aliff Syukri Hadiahkan Cincin Lebih RM25,000.. Netizen Tanya: “Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek?”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan ulang tahun ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda dengan mengumpulkan hampir seluruh adik beradiknya.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff […]

Featured Sat, 10 Dec 2022

Akibat Ingin Sambung Belajar Ke Peringkat Sarjana, Farisha Iris Digelar ‘Andartu’

Penyanyi dan pelakon Farisha Iris pernah berhasrat ingin melanjutkan pelajarannya sehingga ke peringkat ijazah sarjana dan tidak mengambil remeh mengenai pendidikan biarpun memilih menjadi anak seni. Artikel Berkaitan: Bergelar Anak Seni Tak Jadi Penghalang Farisha Iris […]

Selebriti Sun, 1 May 2022
Selebriti Sun, 3 Sep 2023

“Semoga Ada Jalan Noktah Supaya Tiada Pihak Mengganggu Ketenteraman Sarah & Cucu-Cucu Kami” – Datuk Yusof Haslam

Untung Sarah ada mentua yang sangat sayang dan peduli soal kebahagiaan dia serta anak-anak.

Trending Mon, 4 May 2020

[Terkini] Kita Belum ‘Raya’ PKPB Masih Ada

Marilah kita galas tanggungjawab ini bersama-sama!

Trending Wed, 20 Mar 2019

Dalang Utama Isu Pencemaran Toksik Di Pasir Gudang Akan Dikenalpasti

Pihak Polis tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai penangkapan berhubung isu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. 

Hiburan Fri, 8 Dec 2023

Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Zaman sekarang ni sangat membimbangkan ya, macam-macam boleh jadi 😭😭

Trending Mon, 20 Jul 2020