Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 30, 2023 @ 1:33pm

“Dia Adalah Pilihan Terbaik” – Atikah Suhaime Nikah Ahli Perniagaan Januari Tahun Depan

Pelakon Atikah Suhaime berkongsi berita gembira apabila bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun depan di Kuala Lumpur.

Menurut laporan Harian Metro, Atikah yang berasal dari Singapura berkata, kini dia dan tunang sedang menguruskan segala dokumentasi kerana melibatkan dua negara.

“Setakat ini semua dah bersiap sedia termasuklah untuk pakaian dan pemilihan solekan. Cuma yang tinggal adalah dokumentasi memandangkan perkahwinan kami membabitkan dua negara.

“Sebenarnya, kami rancang majlis ini di saat akhir juga dan kami pun baru bertunang bulan lalu. Jadi, sekarang, nak selesaikan perkara berkaitan dokumentasi saja,” katanya.

Kongsi pelakon drama Tuan Danial itu, dia menyifatkan Lokman adalah insan yang tepat untuk menjadi teman hidupnya.

“Saya tertarik dengan Lokman sebab saya rasa tenang bila ada dengan dia. Berbanding dengan yang lain, dia adalah pilihan terbaik.

“Dia berikan ketenangan dari segi mental, stabil dari segi kehidupan dan saya boleh nampak masa depan saya dengan dia. Selain itu, dia juga seorang yang bertanggungjawab.

“Selepas ini, setiap perkara yang saya nak lakukan saya kena minta izin daripada Lokman terlebih dulu, kemudian barulah saya berbincang dengan pengurus saya. Saya mohon, doakan yang terbaik untuk kami,” katanya.

Kata Lokman pula, dia tidak menghalang Atikah untuk meneruskan kerjaya lakonan sekiranya sudah berumah tangga kelak.

“Selepas dah berkahwin, Insya-Allah, kami akan pergi berbulan madu. Tak ada halangan daripada saya untuk dia teruskan kerjaya lakonan, cuma saya lebih suka melihat dia berada dalam dunia perniagaan.

“Yang pasti, selepas ini kami akan fokus juga untuk membina keluarga. Jadi, mohon doakan kami,” katanya.

Terdahulu, Atikah Suhaime menepis dakwaan yang menagatakan dia sudah melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya, Datuk Lokman Teh.

Ia susulan foto yang dimuat naik Atikah bersama kekasihnya di hadapan sebuah masjid mendapat pelbagai reaksi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tayang Gambar Anggun Bertudung Putih Di Samping Lelaki, Atikah Suhaime Sudah Berkahwin?

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 23 Aug 2019

Kenapa Kongsi Gambar Jalur Gemilang Terbalik

Jangan sebarkan gambar atau video bendera Jalur Gemilang terbalik

Events Wed, 20 Mar 2019
Featured Thu, 20 May 2021

Tak Dapat Tidur Malam Lihat Video Kanak-Kanak Diseksa, Vivy Yusof Kutip Lebih RM1 Juta Dana Buat Rakyat Palestin

Usahawan dan pengasas jenama Fashion Valet dan Duck Scarves, Datin Vivy Yusof mengakui beliau amat tersentuh dengan penderitaan rakyat Palestin. Menurut Vivy lagi, sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat kanak-kanak di sana saban hari […]

Hiburan Sun, 22 Jun 2025

Aina Abdul Dijemput Ke Kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

Aina Abdul teruja dijemput ke kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

Events Tue, 15 Jan 2019

Hangatkan Prelude AJL33 Di KL Live!

AJL33 lebih hangat dari biasa!

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

LIYANA JASMAY TAUKE AYAM?

Tapi apa pula konsep makanan kat sini? Makanan yang berkonsepkan malay-Indo food ini semestinya dapat memenuhi selera rakyat Malaysia.

Hiburan Thu, 7 Nov 2024

“Saya Harus Dalami Ilmu Untuk Jadi Isteri Terbaik” – Neelofa Banyak Belajar Selepas Kahwin

Neelofa mahu mendalami ilmu untuk belajar menjadi isteri terbaik.

Hiburan Wed, 19 Dec 2018
error: Content is protected !!