Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 2, 2020 @ 11:25am

Sekolah Dibuka Sepenuhnya Dalam Masa 2 Minggu, Ini 3 Model Pengoperasian Sekolah Baru Yang Perlu Diikut

1 Julai yang lalu, Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sepenuhnya yang bermula pada tarikh 15 Julai dan 22 Julai

Ekoran keputusan tersebut, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menetapkan tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah, yang perlu dijadikan panduan pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi, di sekolah masing-masing.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, berdasarkan analisis dan perincian yang telah dilaksanakan, model yang ditetapkan ialah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.

“Model pertama adalah Model Satu Sesi. Model ini untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira jarakan sosial.

“Model Dua Sesi adalah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi, ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira jarakan sosial,” katanya pada sidang media khas KPM hari ini.

Mohd Radzi berkata, Model Penggiliran pula ialah bagi sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi untuk menempatkan semua murid, walaupun dengan melaksanakan model dua sesi, terutama sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk tinggi.

Mohd Radzi berkata, maklumat senarai sekolah mengikut model yang ditetapkan, akan dimaklumkan KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya, bagi membolehkan ibu bapa membuat rujukan.

Mengulas lanjut beliau berkata, setiap sekolah akan memilih satu daripada model yang ditetapkan KPM mengikut kapasiti, dengan mengambil kira pengamalan jarakan sosial di sekolah itu.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Pakai Busana Bertemakan Bantal & Cadar… The Gadys Bersedia Dengan Kecaman, Berani Bergaya Unik! – “Kami Ikut Tema Acara”

The Gadys berani menyahut cabaran untuk menggayakan busana unik yang bertemakan bantal, cadar dan produk kelengkapan bilik tidur lain.

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Featured Thu, 25 Jul 2024

Kembali Menetap Di Malaysia, Yuna Dalam Perancangan Miliki Zuriat

Semoga semuanya dipermudahkan untuk Yuna!

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Featured Sat, 8 Nov 2025

“Kalau Saya Tak Senyum Orang Ingat Saya Sombong” – Anna Jobling

Anna Jobling menepis dakwaan segelintir warganet yang mengatakan dirinya sombong.

Trending Mon, 16 Dec 2019

这吃药习惯很多人都有!其实很伤身

用药是经常的事情,你可知道,吃药方式不对,就算药没问题,人也会出问题!

error: Content is protected !!