Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2024 @ 3:24pm

Pakai Busana Bertemakan Bantal & Cadar… The Gadys Bersedia Dengan Kecaman, Berani Bergaya Unik! – “Kami Ikut Tema Acara”

Kumpulan sensasi, The Gadys berani menyahut cabaran untuk menggayakan busana unik yang bertemakan bantal, cadar dan produk kelengkapan bilik tidur lain.

Menggayakan busana couture hasil air tangan pereka muda Malaysia yang sedang meningkat naik, Masyadi Mansoor, kumpulan yang dianggotai oleh Ayunie Rizal, Thamiera Chan dan Aznie Azmi mengikut tema yang bersesuaian dengan acara.

“Kami hanya ikut tema, nak go wow, pakaian kami mengikut kehendak penganjur. Kami juga ‘have fun’ sesekali dapat bergaya unik sebegini.

“Kami menggayakan rekaan Masyadi Mansoor bersempena pembukaan pembukaan rasmi kedai utama jenama kelengkapan bilik tidur dan rumah AKEMI di Sunway Pyramid. Bagi meraikan pembukaan besar ini, AKEMI akan mengadakan pertunjukan fesyen dan kami menjadi modelnya.

“Koleksi di rekaan Masyadi ini menggabungkan produk-produk rumah AKEMI secara kreatif, menyatukan dunia hiasan rumah dan fesyen dengan cara yang unik dan inovatif,” kata Ayunie.

Tambah Thamiera pula, mereka hanya berpakaian sesuai acara dan mengikut tema yang ditetapkan.

“Kita di Malaysia panas, jika di luar pakai sebegini, habislah berpeluh. Kami ada berbual juga, jika busana ini dikecilkan saiznya, mungkin kami boleh bawa untuk menaiki penerbangan kerana ia sangat selesa.

“Kami tak kisah sekiranya ada penganjur menjemput kami ke acara yang memerlukan kami bergaya unik. Ia sesuatu yang baru buat kami. Tak ada niat nak caras cara berpakaian sesiapa kerana kami hanya ikut tema,” katanya.

Tambah Aznie, mereka juga bersedia dengan kecaman apabila tampil dengan busana sebegini.

“Kalau nak pakai baju seperti ini bagi kegunaan harian, mungkin tidak. Malaysia pun cuacanya panas, jika cuaca seperti di negara Switzerland, kami okay sahaja berpakaian sebegini.

“Kami bersedia dengan kecaman. Jika keluar ke acara-acara yang memerlukan kami berbusana seperti ini, kami hanya dengar sahaja kerana ia sekadar mengikut tema acara,” katanya.

Pembukaan kedai utama AKEMI ini turut menyaksikan persembahan langsung yang menarik oleh artis Universal Music Malaysia & Alternate Records, Shi En dan Dukes.

Selain The Gadys, Ezra Kairo dan Julia Duclos turut berjalan di pentas peragaan, membawa lebih banyak aura selebriti kepada perayaan ini dan menambah sentuhan glamour kepada majlis tersebut.

Dalam perkembangan lain, The Gadys baru sahaja melancarkan singke baharu mereka berjudul Bulleyes ciptaan Romeo dan Shane Kennedy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Lebih Pilih Maruah, Shila Amzah Tolak Tawaran RM6 Juta Jadi Duta Iklan Syampu

Shila Amzah tolak tawaran jadi duta produk syampu bernilai RM6 juta

Trending Wed, 6 Dec 2017

Kalah Dalam Perlawanan, Anjing Dihempas Tuannya Sampai Mati

Hanya kerana meletakan pertaruhan besar ke atas anjing tersebut dan ia kalah dibunuh dan dihempas hingga mati

Trending Sat, 10 Mar 2018

Berita Palsu Lebih Mendapat Perhatian Di Twitter

Fenomena penyebaran berita palsu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Ketika platform berita berginjak ke ruang digital, kredibiliti sesebuah berita yang dilaporkan boleh diragui kesahihannya.

Hiburan Tue, 9 Aug 2022
Trending Sat, 31 Oct 2020
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

Trending Wed, 20 Feb 2019

Happy Meal Readers Programme to Instil Family Togetherness Through Reading

Fun reading while filling up the hungry tummies!

Filem Wed, 17 Jan 2024

Dituduh Melukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah & Penerbit Filem Mentega Terbang Didakwa Di Mahkamah

‘Kena lapor diri di balai polis sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah’ – Timbalan Pendakwa Raya

error: Content is protected !!