Categories: Trending

Enggan Komen Dakwaan Nelydia Senrose Tanggal Tudung… Aprena Manrose Mohon Doa Yang Baik-Baik, Mengaku Bukan Mudah Untuk Diri Kekal Istiqamah

Aktres cantik Aprena Manrose tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai penampilan sepupunya yang juga pelakon popular, Nelydia Senrose yang didakwa sudah tidak bertudung.

Menurut Aprena, dia terkejut selepas membaca berita mengenai dakwaan yang mengatakan Nelydia menukar gambar profil Instagram dengan gambar ‘free-hair’.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai Topi Ketika Bercuti Di Thailand, Peminat Terkejut Lihat Penampilan Nelydia Senrose

“Saya terkejut ketika mengetahui berita terbabit kerana setahu saya, Nelydia tidak pernah tukar gambar profilnya.

“Selebihnya, mengenai dakwaan yang mengatakan dia sudah tidak bertudung, saya tiada komen. Saya tak mahu ulas lanjut kerana lebih baik perkara ini ditanya kepada empunya badan.

“Apapun keputusan yang ingin dibuat, saya sentiasa sokong sebab itu hak masing-masing tapi kita sebagai keluarga sentiasa mendoakan terbaik untuk semua orang,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: “Doakan Yang Terbaik..”- Aprena Manrose Enggan Ulas Isu Tampil Berhijab

Menurut Aprena, sejak dia muncul dengan imej bertudung sejak dua tahun lalu, dia mengaku iman di dada turun naik dan bukan mudah untuk menetapkan pendirian.

“Sebagai manusia biasa, saya juga tidak terlepas dengan ujian hidup. Tapi saya selalu harap diri saya terus kuat. Hati saya pernah berbolak-balik, iman itu turun naik, tapi mungkin doa daripada semua pihak terutama suami dan ayah membuatkan saya masih kuat.

“Saya tak berani nak cakap lebih, tak berani nak ulas panjang-panjang sebab isu ini terlalu peribadi dan sensitif. Kalau nampak saya tak bertudung satu hari nanti, maksudnya saya sudah tidak memakai hijab. Tapi kalau masih mengenakan tudung, Alhamdulillah maksudnya iman saya masih kuat. Doakan saya,” katanya.

Anak kepada penyanyi dangdut Iwan Syahman ini juga berkongsi media sosial turut menjadi punca sukar untuk kekal istiqamah.

“Selain pergaulan sekeliling, saya tak nafikan telefon pintar, media sosial menjadi salah satu punca iman seseorang itu turun dan sukar hendak istiqamah. Tambah pula, saya berada dalam dunia hiburan.

“Saya tak pernah cakap saya muslimah sejati sebaliknya saya masih belajar lagi. Saya tak mahu cakap apa-apa sebab tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa mendatang. Mohon terus mendoakan saya,” katanya.

Padin