Categories: Trending

Fesyen Tudung Bawal Pocong Kini Menjadi Pilihan Hijabista. Laku Habis!

Seperti yang kita ketahui bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Masa inilah pereka-pereka pakaian mahupun hijab bertungkus-lumus menghasilkan pelbagai jenis koleksi terbaharu sempena Syawal nanti. Saat ini, kita juga mengambil peluang untuk survey baju mana yang paling glam dan sesuai untuk dipakai pada pagi raya. Betul tak?

Menariknya, baru-baru ini tudung bawal pocong telah berjaya menarik hati para hijabista apabila tudung yang dijual oleh seorang pereka fesyen, Azzim Aziz telah habis dijual. Pada awalnya, fesyen pocong yang menyeramkan itu hanya untuk tujuan promosi sahaja, tapi Azzim tidak menyangka ianya boleh menjadi viral dan 500 helai daripada 7 warna habis dijual dalam masa satu hari.

Foto: Instagram Azzim Aziz

“Kami mulanya merancang mengikat hujung tudung bawal ke bahagian atas bagi memberi kelainan. Namun, selepas mengambil gambar, kami melihat persamaannya dan menggelarkan ia Bawal Pocong,” kata Azzim.

Sebenarnya, tudung yang berharga RM40 ini dicadangkan untuk koleksi Syawal, namun stok awalnya sudah pun habis dijual. Wah! Memang mendapat sambutan yang hangat! Nampaknya hijabista sekarang sukakan sesuatu yang unik!

Foto: Instagram Azzim Aziz

Jadi, kepada anda yang nak nampak kelainan di pagi Syawal nanti bolehlah menggayakan bawal pocong ini. Mana tahu dapat duit raya lebih!

Sumber: The Malay Mail Online , Instagram Azzim Aziz

tex_admin