Categories: Trending

Gadis Tingkatan 4 Dakwa Dirog*l Dalam Kereta, Disyaki Perbuatan Sarjan Polis

Seorang gadis berusia 16 tahun mendakwa dirinya diperkosa di dalam kereta sebanyak dua kali.

Akibat tidak sanggup merahsiakan perbuatan terkutuk itu, gadis malang tersebut akhirnya memberanikan diri untuk membongkar jenayah seksual tersebut kepada ibunya.

Rupa-rupanya, mangsa mendakwa perogol tersebut ialah pegawai rendah polis berpangkat sarjan.

Setelah laporan polis dibuat, pelaku tersebut berdepan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut mangsa, kejadian berlaku di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya di daerah Perak Tengah, pada September dan Oktober tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, polis sudah memanggil mangsa bersama ahli keluarganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk dirakam keterangan masing-masing mengikut Seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Identiti suspek dikenal pasti berdasarkan nombor telefon yang terpapar dalam telefon bimbit mangsa.

“Polis juga merampas dua telefon bimbit, masing-masing milik remaja berkenaan dan suspek,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan terhadap kes berkenaan telah diterima pada 20 Januari.

“Pihak polis sedang menunggu serahan laporan kesihatan oleh pihak hospital.

“Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati tiada kecederaan luaran pada mangsa,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie