Kongsi Momen Hadiri Kursus Pengurusan Jenazah, Elfira Loy Syukur Diberi Kesedaran… Netizen Komen: “Ilmu Macam Ni Lah Kita Kena Cari”

Pelakon Elfira Loy mencuri perhatian ramai selepas berkongsi dirinya menghadiri kelas pengurusan jenazah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 29, meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan dan kesedaran untuk menghadiri kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh pihak Qalby App.

Malah, video yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya itu memperlihatkan, Elfira secara sukarela menjadi model ‘jenazah’ bagi kelas tersebut, sekaligus menimbulkan rasa keinsafan dalam kalangan pengikutnya.

“Alhamdulillah diberi kesempatan dan kesedaran to attend kursus menguruskan jenazah. Jazakallah khair.

“Info sebab ramai orang tanya, this class is organized by @Qalbyapp. I am not sure kalau ada lagi ke tak. But you can follow them for more classes yang best-best okay,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja, bahkan ada yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika menghadiri kursus serupa.

“Allahuakbra kelebihan menjadi model jenazah ni, Allah SWT akan gerakkan hati kita… say asudah merasainya.

“Bless your heart for sharing and participating untuk smeua orang belajar bersama-sama.

“Siapa pernah jadi model jenazah memang rasanay seperti real.

“Ilmu macam ni lah kita kena cari dan belajar sepanjang hayat. Sebab kita manusia cepat lupa. Sekarang kena usaha untuk belajar dan cari ilmu,” komen netizen.

Salma Syahbuddin