[VIDEO] Netizen Puas Tengok Riena Diana Kena Campak Dengan Siti Khadijah Halim Dalam Wanita Syurga – “Penyondol Memang Layak… Bagus Isteri Tak Lemah”

Tular baru-baru ini sebuah rakaman yang memaparkan pelakon Riena Diana dicampak oleh pelakon, Siti Khadijah Halim di media sosial.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), rakaman tersebut memaparkan disebalik tabir drama Wanita Syurga yang akan ditayangkan di slot Akasia TV3 kelak.

Rakaman yang berdurasi 15 saat itu memaparkan pelakon Riena Diana dicampak ke lantai oleh Siti Khadijah ketika melakonkan babak curang.

Babak curang tersebut turut menampilkan aktor kacak, Redza Rosli yang dilihat cuba menenangkan kedua-dua wanita itu.

Biarpun rakaman pendek itu hanyalah sekadar lakonan namun rata-rata netizen berpuas hati dengan babak tersebut dan memuji para pelakon.

Menjengah ke ruangan balas, warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut. Rata-ratanya ibarat puas melihat watak penyondol yang dibawa oleh Riena Diana itu dicampak oleh Siti Khadijah.

Lebih mengujakan, ada yang berpendapat watak yang dipegang Siti Khadijah sebagai isteri itu sangat menarik kerana berani mempertahankan rumah tangganya daripada diganggu penyondol.

Ramai juga yang menyatakan tidak sabar menantikan drama Wanita Syurga ditayangkan di TV3 pada Ramadan akan datang.

Wanita Syurga yang diarahkan oleh Riza Baharudin itu menampilkan pelakon hebat tanah air seperti Redza Rosli, Riena Diana, Siti Khadijah Halim, Aidil Aziz, Amyza Aznan, Nazim Othman dan ramai lagi.

Khairil Khusyairi