“Anxiety During Pregnancy Is No Joke” – Hamil Anak Kedua, Shila Amzah Alami Kesukaran Untuk Tidur

Penyanyi Shila Amzah memaklumkan, dia mengalami kesukaran untuk tidur sejak empat hari lalu.

Katanya, ia berpunca daripada penyakit anxiety yang dialaminya sebelum ini.

Malah, dia tidak mahu perkara negatif yang berlaku sebelum ini terus menghantui hidupnya sehingga meninggalkan trauma yang melampau.

“Anxiety during pregnancy is a no joke.

“Saya tidak mendapat tidur yang nyenyak sejak 4 hari lalu. Saya mahu meninggalkan segala perkara toksik yang berlaku sebelum ini.

“Saya tak mahu trauma lalu terus menghantui saya. Saya ingin menjadi ibu dan isteri yang sihat sahaja,” katanya.

 

Terdahulu, pelantun lagu Masih Aku Cinta itu bertindak merahsiakan berita gembira itu di awal kehamilan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku termasuklah, usia kandungan bayinya.

Sekadar info, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun, Shila kemudiannya menamatkan zaman jandanya bersama pempengaruh popular, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai pada 4 Ogos 2023 dan kini pasangan itu sedang menunggu kehadiran bayi sulung mereka.

Salma Syahbuddin