Categories: Trending

Gagal Patuh SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Neelofa

Polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap majlis perkahwinan artis popular, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa, apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

 

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya kini memanggil penganjur majlis perkahwinan berkenaan serta pemilik hotel bagi membantu siasatan.

 

“Hasil siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP selain tiada penjarakan sosial”

 

Sumber : Google

Berdasarkan situasi ini maka kertas siasatan telahpun dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Selain pemilik hotel dan penganjur, polis kemudian akan memanggil pengantin dan pasangannya serta ahli keluarga dan sanak saudara yang hadir dalam majlis berkenaan”

 

Terdahulu, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan pasangannya Muhammad Haris Mohd Ismail,26, selamat diijabkabulkan pada satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Sabtu.

 

 

Salma Syahbuddin