Categories: Trending

“The Jabal Rahmah” – Pelamin Neelofa & PU Riz Berinspirasikan Pergunungan Di Mana Adam & Hawa Dipertemukan

Selebriti popular, Neelofa mendedahkan pereka majlis perkahwinannya berjaya merealisasikan keseluruhan dekorasi hanya dalam masa sebulan sahaja.

Neelofa yang baru sahaja bernikah dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz semalam bersyukur kerana acara pernikahannya berjalan lancar.

“Alhamdulillah majlis yang kami rancang selamat dilangsungkan. Pereka majlis untuk majlis perkahwinan saya ini iaitu Reka Teemor berjaya merealisasikan keseluruhan dekorasi untuk hanya dalam sekitar sebulan.

ARTIKEL BERKENAAN: Selamat Bernikah, Neelofa Sah Isteri PU Riz

ARTIKEL BERKENAAN: “Kami Tidak Berhubung Sehinggalah…” – Mula Kenal Tahun 2017, Neelofa Dedah Peribadi PU Riz

ARTIKEL BERKAITAN: “Seperti Mana Jodoh, Perihal Zuriat Juga Saya…” – Bercerita Soal Cahaya Mata, Neelofa Tak Tolak Jika…

“Benar, kekangan berlaku apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sekitar penghujung tahun lalu.

“Tetapi saya sangat bersyukur kerana apa yang dirancang, dapat dilaksanakan pada hari ini. Kami dan Reka Teemor bersetuju untuk menggunakan rona putih sebagai satu-satunya warna dalam majlis ini,” kata Neelofa.

Dalam pada itu, menerusi akaun Instagram milik pereka majlis perkahwinan Reka Teemor, mereka telah menyimpan rahsia mengenai pelamin Neelofa dan Haris selama tiga minggu.

“The Jabal Rahmah. Tiga minggu menyorok dari paparazi untuk merahsiakan pelaminan berinspirasikan pergunungan di mana Adam dan Hawa dipertemukan.

“Didoakan @neelofa dan @hrisbismail bertemu penyejuk hati masing-masing dan saling melengkapi, amin. Dah abam nak tido dulu. Footage ni tak dapat kat mana-mana hanya di Reka Teemor tau,” tulis pengendali akaun.

Padin