Categories: Trending

Gangguan Air Akan Berlaku Di 290 Kawasan Bermula 14 Hingga 17 Julai Ini

Berita penting untuk penduduk Selangor!

Gangguan bekalan air berjadual melibatkan 290 kawasan di Lembah Klang akan bermula empat hari lagi bermula 14 hingga 17 Julai ini.

Kawasan yang terkesan adalah dalam sekitar wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Shah Alam dan Kuala Langat dan melibatkan kira-kira 420,000 pengguna.

Oleh itu, Jabatan Air Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawabekalan air akan disalurkan kepada para pengguna mulai 15 Julai ini, pada pukul 9.00 pagi.

Bantuan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan yang terjejas dan bergantung kepada lokasi premis pengguna dan notis pemberitahuan gangguan bekalan air berjadual ini sudah diumumkan pada 6 Julai lalu.

Ketua Operasi Pengurusan, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abas Abdullah berkata, gangguan itu berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3.

“Kerja itu merangkumi penggantian beberapa rangkaian injap utama untuk meningkatkan kecekapan sistem dan membolehkan LRA beroperasi dengan lebih baik.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover