Categories: Trending

Perhatian!Covid-19 Boleh Tersebar Dari Individu Yang Dijangkiti Ketika Bercakap, Batuk, Bersin & Menyanyi – WHO

Seperti yang kita sudah sedia tahu, penyebaran wabak Covid-19 paling utama adalah secara terus, tidak terus atau kontak rapat dengan individu yang telah dijangkiti melalui air liur, rembesan pernafasan atau titisan pernafasan apabila individu tersebut batuk, bercakap dan menyanyi.

Sesetengah laporan jangkitan yang direkodkan adalah berkaitan dengan tempat yang sesak dan tertutup yang menyebabkan pemindahan secara aerosol bergabung dengan pemindahan cecair. Contoh aktiviti seperti latihan koir, dalam restoran dan gimnasium.

Beberapa kajian berkaitan wabak ini menunjukkan kemungkinan transmisi aerosol (titisan cecair) digabungkan dengan transmisi titisan di temapt awam mudah dijangkiti kepada individu.

Bagaimanapun, pihak WHO masih mengkaji secara lebih mendalam tentang wabak ini.

Walaubagaimanapun korang tetap kena jaga diri ketika berada di luar dan di tempat orang ramai. Walaupun kes Covid-19 di negara kita telah menunjukkan banyaak penurunan sejak akhir ini, ini tidak bermakna kita sudah bebas sepenuhnya daripada wabak ini.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover