Categories: Trending

Dilantik Sebagai Felo Perdana 2020, Anak Lelaki Dr Noor Hisham Curi Perhatian!

Apa itu Felo Perdana?

Program Felo Perdana merupakan program internship kepada menteri-menteri kabinet termasuklah Perdana Menteri. Mereka juga akan didedahkan dengan selok-belok kepimpinan kerajaan melalui seorang menteri atau mentor kepada setiap Felo.

Belia tunjang pembangunan negara

Menerusi perkongsian Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul di laman Twitter miliknya, seramai tiga orang belia telah terpilih untuk menyertai Felo Perdana bagi tahun 2020.

Malah, Tengku Zafrul menerusi perkongsian tersebut juga memberitahu bahawa anak muda merupakan aset utama kepada kepimpinan pembangunan negara.

Namun, apa yang menjadi tumpuan dalam muat naik tersebut adalah, wajah salah seorang daripada Felo tersebut begitu ‘dikenali’ oleh seluruh rakyat Malaysia.

Anak lelaki Dr Noor Hisham Abdullah

Ahli Felo Perdana yang dimaksudkan ialah, Muhammad Khair Noor Hisham yang juga anak kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato Dr Noor Hisham Abdullah.

Khair merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurusan Ekonomi Bisnes di Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom.

Sepanjang bergelar pelajar, Muhammad Khair juga telah memenangi pelbagai anugerah akademik antaranya ialah, Pemenang bagi Sheffield Business School International Dragon’s Den Competition pada tahun 2019. Anugerah Pelajar Terbaik sebagai Ketua Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar di UiTM Pahang pada tahun 2018. Dan, pernah dilantik menjadi pengarah bagi Program Kepimpinan dan Hubungan Budaya iaitu program bersama antarabangsa.

Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya anak lelaki Dr Noor Hisham Abdullah ini layak dipilih sebagai Felo Perdana 2020. Bak kata pepatah melayu, “Mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi” kan?

Apapun, tahniah dan selamat maju jaya buat anak muda kita!

Salma Syahbuddin