Categories: Trending

Gangguan Bekalan Air Di 27 Kawasan Kuala Langat, Sepang Akan Bermula Esok

Pihak pengurusan air Selangor Sdn Bhd menerusi kenyataannya memaklumkan, terdapat 27 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 malam, 24 Nov 2020.

Ia berikutan kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama.

Penambahbaikan infrastruktur injap ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.

Kawasan terjejas

Bagaimanapun, gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 malam, 24 November ini akan pulih sepenuhnya pada jam 5.30 petang, 25 November 2020.

Justeru itu, Air Selangor menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Sumber : Air Selangor

Salma Syahbuddin