Categories: Trending

Bank Mula Terima Permohonan Bantuan Dari Golongan B40, M40 Hari Ini

Penambahbaikan bantuan yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 6 November lalu akhirnya berkuatkuasa hari ini.

Bank Islam Malaysia Berhad bersedia menerima permohonan bagi Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang Ditambah Baik (ETRA) daripada golongan B40, M40 dan perusahaan mikro yang terjejas teruk akibat  krisis Covid-19 mulai hari ini.

Individu B40 iaitu, penerima Bantuan Sara Hidup ATAU Bantuan Prihatin Rakyat dan perusahaan mikro akan menerima kemudahan dengan amaun yang akan diluluskan sehingga RM150,000.

Manakala, bagi individu M40 yang berdaftar dengan pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional boleh mendapat penangguhan bayaran ansuran bulanan tiga bulan atau pengurangan sehingga 50 peratus bayaran ansuran bulanan sehingga enam bulan.

Dan hanya golongan M40 yang berdaftar dengan pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (individu/isi rumah terjejas) perlu mengemukakan Borang Pengisytiharan Kendiri kepada bank islam.

Pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh melayari laman web di www.bankislam.com/covid-19 untuk mendapatkan borang permohonan dan memperoleh makluman lanjut berkenaan bantuan pasca-moratorium Bank Islam.

Permohonan juga boleh dibuat dengan mengimbas kod QR atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di 03-26900900.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin