Categories: Trending

Jangan Main Tuduh Je! Alif Satar Positif Covid-19 Berpunca Dari Individu Lain, Bukan Tenaga Produksi

Berita mengenai pelakon, pengacara dan penyanyi popular, Alif Satar yang dijangkiti Covid-19 semalam ternyata menimbulkan pelbagai spekulasi.

Mana taknya, ada segelintir netizen yang menuding jari kepada pihak produksi kerana menganjurkan program nyanyian dan sebagainya.

Selain terlibat dengan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35), Alif juga menjalani penggambaran drama bersiri Di Penjara Janji dengan JS Picture.

Penerbit terkenal JS Picture, Sheila Rusly tampil memaklumkan keadaan sebenar menerusi laporan Harian Metro pada Ahad.

Punca sebenar Alif dijangkiti

Sumber : Instagram @sheilarusly_jspicture

Setelah pihak JS Picture memaklumkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkara berkenaan, pihaknya mengarahkan agar penggambaran drama Di Penjara Janji ditangguhkan dan kesemua pelakon serta pekerja produksi diminta pulang. 

Difahamkan, seramai 25 selebriti dan pekerja produksi terbabit untuk penggambaran drama tersebut.

“Bagaimanapun, semalam Alif dihubungi oleh bapanya yang memaklumkan individu yang ditemui pada 17 November lalu positif Covid-19. Selepas memberitahu perkara itu kepada KKM, penggambaran terpaksa dihentikan serta-merta.

“Sepanjang tempoh 17 November sehingga semalam, Alif hanya terbabit di set penggambaran ini sebanyak dua hari saja iaitu pada 19 dan 21 November. Ujian saringan masih dilakukan, meski pun pihak kami sudah melakukan beberapa ujian saringan sebelum ini.

” Malah, sebelum pekerja produksi dan pelakon berangkat ke Melaka pun, mereka sudah menjalani ujian saringan kerana enggan perkara tidak diingini berlaku. Namun, tak sangka mesyuarat yang dihadiri Alif pada Selasa lalu membuatkan dia dijangkiti wabak berkenaan,” katanya.

Kontak rapat Alif

Sumber : Instagram @alifsatar

Menurut pengurus Alif, Adlina Abu Bakar, Alif dimaklumkan oleh bapanya mengenai salah seorang kontrak rapat yang ditemui penyanyi itu pada Selasa lalu, telah disahkan positif Covid-19, menyebabkan Alif sendiri segera bergegas menjalani ujian saringan. Dan, kini sedang menjalani kuarantin di Pusat Perubatan di Melaka.

“Semalam bapa Alif yang memaklumkan salah seorang individu yang ditemui di Kuala Lumpur atas urusan kerja disahkan positif Covid-19. Manakala, saya kini berada di rumah dan sedang menunggu jawapan daripada pihak hospital sama ada berkenaan keputusan ujian tersebut.”

Kenyataan yang berbaur sindiran

Terdahulu, seorang pengguna popular media sosial mencetuskan kontroversi apabila memuat naik kenyataan yang berbaur sindiran mengenai penundaan SFMM35 yang sepatutnya berlangsung pada Ahad. 

Salma Syahbuddin