Categories: Trending

Gempar! Pemandu Grab Maut Ditembak Polis

Kes rompak dan culik melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun berakhir apabila suspek ditembak mati oleh polis Indonesia! 

Suspek yang merupakan pemandu Grab diburu oleh polis di republik berkenaan dilaporkan melakukan jenayah itu dengan pertolongan dua lagi rakannya yang masing-masing berusia 23 tahun. 

Portal berita Kompas.com melaporkan, Ketua Polis Jakarta Barat Hengki Haryadi memaklumkan suspek utama itu terpaksa ditembak polis selepas melawan sewaktu hendak diberkas.

Selang dua hari selepas kejadian culik dan rompak itu, dua rakan suspek utama tersebut telah berjaya ditangkap terlebih dahulu di Penjaringan, Jakarta Utara sekitar jam 10 malam waktu tempatan.

Setelah disoal siasat, polis mendapat tahu kedudukan suspek utama di suatu lokasi lain dan polis telah membuat serbuan di lokasi berkenaan pada jam 5 pagi hari berikutnya.

“Kami cuba mengejarnya (di lokasi yang diserbu), namun suspek tersebut cuba menghalang dan melakukan kekerasan.

“Polis terpaksa bertindak tegas berdasarkan respons suspek,” ujar Hengki.

Polis turut merampas bahan bukti pada suspek seperti telefon pintar, kad ATM, barang kemas seperti gelang dan loket, beg tangan dan wang tunai.

Dua lagi suspek yang turut bersubahat melakukan salah laku jenayah itu kini berdepan perbicaraan.

Selain culik dan rompak, mereka juga berdepan dakwaan pencabulan dan cubaan pemerkosaan

SGMS Faida