Categories: Trending

“Hal Seperti Ini Seeloknya…” – Menteri Agama Buka Mulut Isu Caprice vs Ebit Lew

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan respons terhadap isu panas yang melibatkan penyanyi rap, Caprice dan pendakwah Ustaz Ebit Lew.

Berharap agar perselisihan faham ini dapat diselesaikan sebaik mungkin, Dr. Zulkifli enggan mengulas lanjut mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

“Saya tiada komen sebab saya belum meneliti apa-apa. Itu hal peribadi, kedua-duanya sahabat saya, pernah datang bertemu.

“Hal seperti ini seeloknya damaikanlah sebaik mungkin, berlapang dada,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Alhijrah Online.

Dr. Zulkifli turut berkongsi ciapan mengenai pautan berita terbabit di laman Twitter rasmi miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal Kenapa Nampak Macam Photoshoot?” – Caprice Dedah Kena Block Dengan Ebit Lew Di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: “You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Isu antara Caprice dan Ebit itu menjadi perhatian semenjak beberapa hari lalu selepas penyanyi rap tersebut bertindak meluahkan rasa tidak puas hati berhubung misi bantuan pendakwah berkenaan di Gaza baru-baru ini.

Sumber: Alhijrah News

Padin