Categories: Trending

“Ada Beberapa Individu Hanya Fikir Kepentingan Peribadi… Jaguh Handal Dalam Social Media”- TMJ

Sejak semalam tular mengenai isu yang berlaku di Gaza melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice.

Isu ini bukan sahaja menarik perhatian ramai pengikut Ebit Lew malah ramai warganet dan rakan-rakan artis turut memberikan respons.

Terbaharu, netizen turut mengaitkan jawapan balas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan isu terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN : “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal Kenapa Nampak Macam Photoshoot?” – Caprice Dedah Kena Block Dengan Ebit Lew Di Instagram

ARTIKEL  BERKAITAN : “You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh TMJ menerusi instagram miliknya,  rata-rata followers  membanjiri ruangan komen dengan bertanyakan isu ‘panas’ yang sedang berlaku dalam negara termasuklah hal berkaitan Ebit dan juga Caprice.

Namun, respons balas yang diberikan TMJ  kepada salah seorang followers menarik perhatian netizen.

“Fikir negara dilanda krisis. Tetapi ada beberapa individu yang hanya fikir kepentingan peribadi dan ada juga nak kejar publisiti. Jaguh handal dalam media sosial. On the ground no balls. Too many berpura-pura/fake. Some people need a backhand.” Tulisnya.

Di laman Twitter, netizen mengaitkan komen terbabit dengan isu yang terjadi antara Ebit dan Caprice.

Terdahulu, Ebit menerusi Instastory nya meluahkan rasa terharu apabila TMJ bertanya khabar kepada dirinya berikutan pemergian ayah tersayang baru-baru ini dan pada masa yang sama,  turut menceritakan bahawa beliau berasa terharu dengan bantuan yang tidak berbelah bahagi yang disumbangkan oleh TMJ demi kesejahteraan rakyat.

Susulan daripada itu, TMJ membalas respons yang diberikan oleh Ebit meminta supaya beliau meneruskan usaha dengan niat baik dalam membantu rakyat.

 

Salma Syahbuddin