Trending By: Padin March 2, 2021 @ 1:28pm

Hampir 10 Tahun Berlakon, Saharul Ridzwan Keluarkan Duit RM250,000 Untuk…

Pelakon Saharul Ridzwan mengakui dia tidak boleh meletakkan sandaran hanya kepada bidang lakonan semata-mata.

Dengan kehadiran bakat baru yang semakin membanjiri dunia hiburan, Saharul kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

“Sudah hampir 10 tahun saya berlakon. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk saya dalam bidang hiburan tetapi saya tidak boleh terus berpuas hati kerana apa sahaja boleh terjadi.

“Umur semakin meningkat, bakat baru juga semakin ramai, jadi saya mahu mencari ‘back-up’ lain untuk terus memberikan keselesaan kepada isteri dan juga anak-anak.

“Kini saya sudah mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Jika dahulu, saya sering menjadi duta, kini saya muncul dengan produk sendiri untuk dipasarkan kepada orang ramai,” kata Saharul.

Dedah pelakon drama bersiri Cinta Sekali Lagi ini, sebelum ini, dia pernah gagal dalam bisnes serunding.

“Sebelum ini pun sebenarnya saya sudah mula berniaga. Kalau peminat masih ingat, saya pernah mengelurkan produk serunding sendiri. Percubaan itu tak mendatangkan hasil kerana saya tiada ilmu sebelum memulakan perniagaan.

“Kini, saya berani mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM250,000 untuk membangunkan perniagaan haruman aromatic, Ode Scents dibawah syarikat Pack Houz Sdn Bhd bersama rakan kongsi Nadzir Samsuddin.

“Dengan ilmu yang saya kumpulkan sebelum ini ketika menjadi duta beberapa produk, saya akan meletakkan sepenuh usaha untuk membangunkan perniagaan ini.

“Saya enggan berputus asa kerana saya mahu memberikan yang terbaik. Berbekalkan pengalaman, ilmu dan usaha yang tidak putus, saya yakin ia bakal menghasilkan maklum balas positif,” katanya lagi.

Produk keluaran Saharul yang dijual RM15 itu boleh digunakan di dalam kereta serta kediaman dan mempunyai lima jenis wangian iaitu Island Escape, Perfect Peony, English Fresia, Summer Dream dan Wild Fig.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Featured Sun, 28 Apr 2024

“Biawak Hidup! Daripada Kahwin Sampai Cerai, Satu Haram Pun Tak Bagi” – Luah Rasa Berang, Ubai MZ Tujukan Kepada Siapa Tu?

Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.

Hiburan Sat, 14 May 2022
Hiburan Tue, 16 Jan 2024