Categories: Trending

Hampir Dirogol Sebab Salah Masuk Kereta, Girls Out There Kena Extra Careful Okay!

Bahana seorang gadis hampir menjadi mangsa rogol apabila tersalah memasuki kereta yang telah ditempahnya menerusi aplikasi Grab. 

Gadis berusia 23 tahun itu, hampir menjadi pemuas nafsu lelaki warga Pakistan pada jam 11 malam di Jalan Susur 2 , Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru beberapa hari yang lepas. Mangsa memberitahu pihak polis, lelaki warga Pakistan itu sempat menampar muka dan membuka seluar mangsa dan mengeluarkan air mani.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mangsa sepatutnya menaiki kereta Perodua Bezza, sebaliknya kereta suspek adalah Proton Gen2.

“Selepas menerima panggilan telefon daripada pemandu yang ditempah menyatakan sudah sampai, mangsa terus memasuki kereta suspek yang berada di lokasi itu tanpa memeriksa nombor pendaftaran dan jenis kenderaan itu

“Suspek yang menyamar sebagai pemandu kereta sewa itu terus bergerak, namun disedari mangsa yang duduk di tempat duduk belakang bahawa jalan dilalui tidak menuju ke Larkin.

“Mangsa mendapati suspek berpusing-pusing di kawasan yang sama dan bertindak menegur suspek kerana mengikut jalan yang salah, sebelum suspek memberhentikan kereta ketika tiba di tempat kejadian,” katanya.

Namun, mangsa berjaya keluar dari kereta dan terjatuh di atas jalan sebelum sempat menahan sebuah kereta untuk membawanya ke Balai Polis Larkin bagi membuat laporan polis.

Bagaimanapun, kurang 24 jam insiden tersebut terjadi, akhirnya polis berjaya menahan suspek warga Pakistan berusia 31 tahun di Jalan Tun Abdul Razak pada Selasa lalu, jam 11 malam. 

Salma Syahbuddin