Categories: Trending

Hanya 10 Peratus Pekerja Dibenarkan Bertugas

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersetuju membenarkan maksimum 10 peratus pekerja merangkumi tugasan tertentu berada di pejabat selama empat jam sahaja bermula 10 pagi sehingga 2 petang untuk tiga hari seminggu.

Bidang pekerjaan ini membabitkan, perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan teknologi komunikasi maklumat.

Tidak perlu kemukakan permohonan

Sumber : Google

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan, syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan tersebut. Sebaliknya hanya majikan yang perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan untuk kakitangan mereka.

Malah, majikan perlu menetapkan garis panduan Bekerja Dari Rumah (BDH) yang sesuai mengikut keperluan.

“Mengambil tanggungjawab bersama untuk melindungi kesihatan rakyat dan pekerja, MITI akan segera melaksanakan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya pihak industri memperkenalkan dasar BDR atau Work From Home (WFH) bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan sebagai langkah untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19” Katanya.

Sumber : Google

Kerajaan juga akan terus bekerjasama dengan pihak swasta dan industri dalam usaha mempertingkatkan BDH sebagai norma baharu.

Tambahnya lagi, MITI akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan pelaksanaan dan pematuhan SOP di kalangan pihak industri berjalan lancar.

Untuk mengetahui berita dengan lebih lanjut mengenai perkara ini, jangan lupa saksikan Buletin Utama TV3 ATAU menerusi Youtube Buletin Utama pada jam 8 malam ini.

Salma Syahbuddin