Categories: Trending

PERKESO Buat Bayaran Balik Subsidi RM 150 Bagi Pekerja Yang Disaring COVID-19

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini mengumumkan akan memperluas Program Saringan Prihatin (PSP)k epada semua pencarum di negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok. 

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan , majikan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan boleh menjalankan saringan Covid-19 untuk pekerja secara percuma melalui panel perkhidmatan yang dilantik Perkeso dengan membuat janji temu saringan dan mengemukakan maklumat yang lengkap kepada panel perkhidmatan.

PERKESO buat bayaran balik subsidi RM 150

Saringan Covid-19 juga boleh dijalankan melalui kaedah Subsidi Saringan Prihatin.
“Kos saringan hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu. “Majikan boleh mengemukakan permohonan untuk Subsidi Saringan Covid-19 melalui https://psp.perkeso.gov.my dengan menyertakan resit bayaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Perkeso akan membuat bayaran balik subsidi sehingga RM150 bagi setiap pekerja yang sudah menjalani saringan Covid-19.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”