Categories: Trending

Bantuan Menyeluruh Diberikan Untuk Penduduk Di Kawasan PKPB dan PKPD

Bantuan akan diberikan oleh kerajaan secara menyeluruh kepada penduduk yang terjejas akibat penularan COVID-19 khususnya di Sabah dan Kedah.

Bantuan buat penduduk di PKPB dan PKPD

Menurut Meteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, agensi berkaitan diminta memastikan bantuan sampai kepada penduduk yang terkesan terutamanya di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya tekankan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu tiada seorang pun yang terjejas terkecuali atau terlepas daripada mendapat bantuan kerajaan”.

Dalam perkembangan lain, PERKESO hari ini mengumumkan akan membuat bayaran balik subsidi RM150 buat semua pekerja yang disaring COVID-19.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: PERKESO Buat Bayaran Balik Subsidi RM 150 Bagi Pekerja Yang Disaring COVID-19

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”