Categories: Trending

Hanya 50 Orang Petugas Dibenarkan Untuk Aktiviti Sembelihan Korban

Umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha yang menjelang tiba 1 Ogos ini.

Justeru, kerajaan Negeri Sembilan telah menetapkan hanya 50 orang petugas sahaja yang dibenarkan hadir bagi urusan penyembelihan 10 ekor haiwan korban sempena Aidiladha tahun ini.

“Masjid dan surau boleh mengadakan penyembelihan di kawasan penempatan masing-masing, namun perlu melihat kesesuaian kawasan yang ada” kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aktiviti memasak daging sembelihan di surau juga turut dilarang. Semua pihak haruslah mematuhi SOP yang ditetapkan jika tidak hukuman berat akan dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”