Categories: Trending

Lelaki Disyaki Positif Covid-19 Masih Bekerja Walaupun…

Susulan kebimbangan ramai pihak terhadap peningkatan kes Covid-19 di negara ini, namun ada juga segelintir masyarakat yang masih mengambil mudah terhadap bahaya penularan jangkitan tersebut.

Terbaharu, terdapat dua kes kluster gunting rambut di Springfield, Missouri telah dikesan positif Covid-19 setelah didapati mempunyai gejala pernafasan.

Masih bekerja selama 8 hari

Walaupun telah mempunyai gejala, mereka masih terus bekerja selama 8 hari sebelum ujian dilakukan.

Dalam tempoh tersebut, seramai 139 orang pelanggan telah terdedah kepada tukang gunting tersebut. Dan, setiap pelanggan yang terdedah itu adalah melebihi dari 15 minit dengan jarak dekat (<1 meter) dengan tukang gunting tersebut.

Bagaimanapun, tukang gunting dan semua pelanggan didapati mematuhi SOP dengan memakai topeng muka semasa menggunting rambut. Dan, saringan yang dilakukan kepada 139 pelanggan mendapati tiada pelanggan yang didapati positif.

Pentingnya patuh SOP!

Kejadian kluster gunting rambut ini membuktikan bahawa pentingannya dan berkesannya pemakaian topeng muka dan pematuhan SOP dalam mencegah penularan jangkitan.

Ini kerana, kegiatan ekonomi, sekolah dan industri perlu diteruskan. Malah, kita tidak mampu untuk menanggung kesan ekonomi sekiranya PKP diteruskan.

Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita agar sentiasa menjaga kebersihan, penjarakkan sosial, dan jangan malas untuk terus patuhi SOP okay!

Salma Syahbuddin