Categories: Trending

Bimbang Kluster Mahkamah Wujud, Penyokong Najib Diminta Patuhi SOP

Dalam proses negara sedang membendung dan mengetatkan semula SOP, hari in, sekali lagi ramai dilihat tidak mengamalkan penjarakkan sosial dan pemakaian pelitup muka terutamanya dikalangan orang awam yang hadir memberikan sokongan kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Cetuskan kebimbangan

Situasi yang dilihat lantas menimbulkan kebimbangan dalam pemerhatian perjalanan kes penghakiman tersebut, sama ada di siaran media rasmi, mahupun dalam kalangan netizen di media sosial.

Dianggarkan seramai 1,000 orang hadir seawal jam 6 pagi dengan sebahagian besar daripada mereka menaiki 11 buah bas.

Amaran terpaksa dikeluarkan oleh pasukan PDRM

Difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan arahan pada 11.15 pagi kepada orang awam yang berada di sekitar Kompleks Mahkamah itu supaya mematuhi  SOP.

Malah, pihak polis juga turut mengarahkan agar mereka yang hadir sentiasa menjaga penjarakkan sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy, pasukannya akan sentiasa mengingatkan pegawai dan anggotanya untuk selalu melakukan pemantauan.

” Peringatan disampaikan menerusi pembesar suara untuk individu terlibat mematuhi penjarakan sosial” Katanya.

Salma Syahbuddin