Trending By: Salma Syahbuddin June 7, 2021 @ 11:31am

Hanya Pekerja Dengan Surat Pengesahan Kementerian & Agensi Dibenarkan Lepasi SJR Bermula…

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan, Polis Diraja Malaysia hanya menerima surat pengesahan daripada enam kementerian dan beberapa agensi tertentu bagi membenarkan pekerja bergerak ke tempat kerja.

Surat pengesahan itu adalah sebagai bukti untuk membenarkan pergerakan pekerja dari kediaman mereka ke tempat kerja bermula Selasa ini.

Justeru itu, orang ramai diingatkan agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang telah disenaraikan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).

Berikut merupakan senarai kementerian dan agensi yang terlibat ;

  1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MiTi) : Pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan
  2. Kementerian Pengangkutan : Pengangkutan awam dan barang keperluan
  3. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi): Pertanian / Perikanan / Pertanian / Perladangan / Komoditi
  4. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi termasuk buah sawit, getah dan lain-lain
  5. Bank Negara Malaysia : Institusi perbankan, insurans
  6. Suruhanjaya Sekuriti : Sektor perdagangan saham
  7. Kerajaan Tempatan : Peniaga kecil / penjaja / pengusaha trak makanan
  8. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) : Telekomunikasi / media / pos / kurier / penyiaran
  9.  Kementerian Dalam Negeri : Semua surat yang dikeluarkan oleh agensi di bawah kementerian diterima untuk pergerakan kakitangan
  10. Polis : Surat kebenaran daripada polis akan dikeluarkan untuk mereka yang bekerja sendiri dan juga kebenaran melintasi sempadan untuk urusan kecemasan dan pengebumian

Bagi mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat palsu, mereka akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 30 Aug 2022
Trending Fri, 26 Jun 2020
Hiburan Thu, 25 Aug 2022

“Kenapa Nak Sorok?” – Tunggu Waktu Sesuai, Mira Filzah Tiada Masalah Kongsi Wajah Anak

Wah, tak lama lagi dapat lah tengok muka baby boy Mira Filzah.

Featured Sat, 21 May 2022

“Jaga Adab Dan Lisan…” – Jasmin Hamid Kecil Hati Diperli Macam Ibu & Anak

Netizen memang ikut sedap mulut ja kan nak cakap 😑

Trending Sat, 13 Mar 2021

Amzar Sabri Muncul Dengan Single Solo Berjudul ‘Kenangan’

Pasti ada yang masih ingat dengan kepada sebuah kumpulan duo bernama Viral yang pernah memeriahkan industri hiburan sekitar tahun 2016. Dianggotai oleh pasangan kembar bernama Amzar dan Amsyar, mereka banyak berkolaborasi bersama artis–artis tempatan seperti

Trending Thu, 27 Feb 2020
Trending Tue, 11 Sep 2018

Netizens Grieve Death of Char Kuey Teow Cook Aunty Gemok

Who’s gonna cook the delicious char kuey teow now? 🙁

Events Wed, 5 Oct 2022

| Live TV