Categories: Trending

“Hati-Hati Bila Berkata… Jaga Anak Anak Sendiri Dahulu” – Ernie Zakri Buka Mulut, Beri Respons Terhadap Isu DSV & Anuar Zain?

“Hati hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan-bukan. Jaga anak-anak sendiri dahulu.”

Itu merupakan ciapan penyanyi Ernie Zakri di laman sosial Twitter miliknya yang dimuat naik pada Rabu.

Biarpun tidak menyebut sebarang nama, hantaran terbabit mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Netizen mula membuat spekulasi dan mengaitkan ciapan Ernie sebagai respons terhadap tindakan usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV).

Terdahulu, tular satu video DSV di TikTok dimuat naik oleh netizen yang berang dengan tindakan usahawan itu.

Netizen terbabit telah mengulang siar video Instagram Live DSV yang memaparkan aksi pelantun lagu I Am Me itu menjawab saranan seorang pengikutnya supaya mendekati bapa saudara Ernie, penyanyi Anuar Zain.

Namun secara berbisik, Vida membalas pertanyaan tersebut dengan menyebut perkataan yang tidak sepatutnya diperkatakan.

Netizen yang berang dengan tindakan DSV mula menyerang usahawan tersebut.

Malah, ibu saudara kepada Ernie merangkap kakak kepada Anuar, Ziana Zain juga turut menulis ‘sangat biadap’ di ruangan komen video terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Lempar Tuduhan Terhadap Anuar Zain Sehingga Ziana Zain Berang, DSV Diserang Netizen – “Saya Mohon Maaf, Tidak Berniat”

Dalam perkembangan terbaru, DSV telah memohon maaf kepada Anuar dan ahli keluarganya atas kesilapan terbabit menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.

Padin