Trending By: Salma Syahbuddin April 6, 2021 @ 7:35pm

Hebatnya! Butik Mewah Ini Jual Tudung Eksklusif, Paling Murah Berharga RM10,000

Jangan terkejut, jika anda tidak mempunyai sekurang-kurangnya RM10,000 dalam poket, jangan bermimpi untuk singgah ke butik mewah ini.

Mempunyai penggemar tersendiri, jenama Bawal Exclusive membuktikan produk tempatan boleh berdiri sebaris dengan jenama mewah luar negara.

Pastinya pengalaman berharga memang tidak dapat dilupakan bagi pengasas dan pemilik jenama ini, Haliza Masyuri kerana impian beliau untuk menghasilkan tudung dan butik termahal sebaris jenama-jenama mewah akhirnya terlaksana.

Menelan kos sebanyak RM2.5 juta dan mengandungi 100,000 butir batu kristal jenama terkenal ini pastinya memberikan pengalaman luar biasa buat sesiapa sahaja yang mula melangkahkan kaki ke Crystal World Bawal Exclusive yang terletak di Puchong.

Menariknya, butik ini juga turut mempamerkan tudung bernilai RM10,000 sehingga RM113,000 selaras dengan aspirasi Bawal Exclusive yang bertakhtakan batu kristal mewah.

“Tiada apa yang dapat saya katakan selain bersyukur dengan apa yang dikecapi pada hari ini. Dalam hidup tiada apa yang mustahil dan saya mahu semua orang mempunya azam dan semangat untuk terus berjaya”

Impian jadi kenyataan

Tambahnya lagi, impian untuk memiliki butik tudung mewah sendiri adalah bermula ketika beliau menghadiri majlis makan malam sempena ulang tahun Swarovski yang ke-125 yang berlangsung di Watten, Austria.

Malah, pengalaman dan keadaan ketika di majlis itu merupakan satu kenangan yang tidak boleh dibeli di mana-mana sehinggalah beliau bertekad untuk membawa kenangan tersebut sebagai hadiah buat rakyat Malaysia.

“Saya menanam impian dan berjanji akan membawa kenangan itu bersama-sama ke Malaysia. Hari demi hari, impian tersebut bakal direalisasikan pada hari ini dengan perlancaran butik tudung mewah bertaraf antarabangsa yang diberi nama Crystal World Bawal Exclusive”

Menjadi inspirasi buat wanita muslim di luar sana

Selain itu, beliau percaya rakyat Malaysia khasnya mampu untuk bersaing dengan jenama terkenal antarabangsa namun harus mempunyai semangat dan kecekalan yang tinggi. Selain konsisten untuk terus maju kehadapan dan menjadi inspirasi kepada usahawan lain.

“Saya ingin menunjukkan kepada Premium Reseller Bawal Exclusive bahawa mereka juga mampu untuk menjadi seperti ini”

 

Istimewanya, setelah 23 tahun berkecimpung dalam perniagaan kini pemilik Bawal Exclusive bakal memperkenalkan pewaris mereka sebagai penyambung kepada legasi perniagaan yang diusahakan dengan memperkenalkan anak lelaki mereka iaitu Mohd Syuhairi Syazwan, 22.

“Saya berharap pewaris saya dapat menjaga dan menjalankan pernigaan ini dengan sebaiknya,” tambahnya.

Terdahulu, pelancaran butik paling mewah ini turut dirasmikan oleh tetamu kehormat iaitu, Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat,  Datuk Seri Rina Harun dan Duta Austria Ke Malaysia serta rakan-rakan media.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Jangan Tinggalkan…” – Netizen Puji Sifat Manja Neelofa Dengan Suami

Manjanya tengok Neelofa dengan suami sampai tak boleh berjauhan ya.

Featured Fri, 7 Apr 2023

“I Said Yes” – Pergi Ambil Cincin, Shila Amzah Terima Lamaran Ubai Jadi Isteri?

Alhamdulillah benda baik buat apa nak tangguh lagi kan?

Trending Thu, 7 Mar 2019

滑溜溜大眼舍不得戳!萌系煎蛋太疗愈

除了利用不同的烹调方式料理鸡蛋,大家是否有尝试过改变煎鸡蛋的造型吗?

Hiburan Fri, 19 Aug 2022
Featured Thu, 18 Feb 2021
Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Individu Dakwa Wanita Kaki Curang Pandai Buka Kereta Jenis Supercar, Fatin Afeefa Tampil Buktikan Salah!

Fulamakk, cuba teka Fatin Afeefa pandai ke tak buka pintu kereta jenis supercar? 🤔 Adakah ini bermakna Fatin seorang wanita yang.. 🤭😜

Trending Wed, 13 Jan 2021