Categories: FeaturedTrending

“Hero Kedua Kami Lahir Pada…” Eyra Hazali Selamat Bersalin Cahaya Mata Kedua

Pelakon Eyra Hazali, kini telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya bersama pemain bola sepak, Haziq Nadzli.

Menerusi perkongsian di Instagram, Eyra dan Haziq sekali lagi dikurniakan anak lelaki yang dilahirkan pada 6.18 petang, Jumaat lalu.

“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 29/4/2022 ,pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulis Eyra.

Perkongsian itu turut menarik perhatian ramai peminatnya dan rakan-rakan artis yang lain.

Congratulations,” komen Sarah Suhairi.

“Yeayy congrats korang!,” Komen Haziq Hussni

Sebelum ini, Eyra terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi kecil terhadap kandungannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baby Tak Respond Langsung…” Eyra Hazali Alami ‘Contraction’, Baby Membesar 2 Minggu

Fatin Nurain