Categories: Trending

#herobombakami: Posting Terakhir Arwah Beri Bayangan Kematian

Posting di Facebook milik seorang anggota bomba yang maut ketika operasi menyelamat di lombong Taman Putra Perdana, Puchong malam seolah memberi tanda dia akan pergi selamanya.

Menggunakan nama akaun Adnan Othman Tokey Gula, Allahyarham berusia 33 tahun ini menulis, “ Pilihan kita ini ibarat ranting kayu yang banyak cabang, dalam setiap cabang itu masih ada lagi cabang-cabang yang akan tunggu masa bila ia akan mati. Apa pilihan kita??,” tulis arwah beberapa jam sebelum keluar bekerja

Posting berkenaan mula tular sejak semalam kerana Allahyarham seolah-olah membayangkan bakal dijemput Illahi tidak lama selepas itu.

Enam wira bomba meninggal dunia akibat lemas ketika menyertai operasi menyelamat seorang remaja berusia 17 tahun.

Al- Fatihah buat kesemua anggota bomba yang pergi meninggalkan kita. Semoga syurga buat kalian semua hendaknya, Insya Allah…

SGMS Faida