Categories: Trending

HFMD Pun Boleh Kena Pada Orang Dewasa

Penyakit HFMD bukan lagi baru dikalangan masyarakat kini. Penyakit HFMD atau lebih dikenali Hand, Foot & Mouth Disease. Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Orang dewasa pun boleh kena! Jangan sangka wabak penyakit ‘Tangan kaki dan mulut’ yang sedang mengganas sekarang ini tidak boleh menjangkiti orang dewasa.. Selagi namanya ‘Jangkitan Virus’, orang dewasa juga tidak terkecuali.
Sekiranya kena pada orang dewasa kesannya lebih teruk lagi, sakit dan pedih pada tangan dan kaki yang dijangkiti sangat keterlaluan, sehingga untuk berjalan pun agak sukar! dan rongga mulut yang dipenuhi ‘ulcer’ juga sangat pedih untuk makan dan minum, walau yang dimakan hanyalah ais krim sahaja!

Jadi sila lebih berhati-hati dan selalu mencuci tangan apabila berada di tempat awam. Jaga kesihatan 

SGMS Enal